Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Keris Mas "Selamat Datang!" Terima kasih kerana sudi melawat blog ini

Friday 22 March 2019

Pendidikan Keris Mas


Keris Mas merupakan anak kelahiran Kampung Ketari, Bentong, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Benus, Pahang sebelum meneruskan pelajaran menengah di Tawaliah School, Sumatera dan diploma perguruan di Kolej Kulliahtul Muallmin al-Islamiah, Sumatera. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Pitman College, Singapura untuk membolehkan beliau mengambilkan peperiksaan Matrikulasi Universiti London, tetapi pelajaran beliau tergendala kerana Perang Dunia Kedua.




Namun begitu terdapat juga sumber lain yang diperoleh di mana beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu hingga darjah 4.  Hasil keputusan peperiksaan yang baik, beliau layak untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, tetapi oleh sebab amalan pemilihan pihak yang berkuasa, beliau tidak mendapat peluang itu.  Keris Mas lalu dihantar oleh keluarganya ke Sumatera mengikuti pelajaran di Tawalib School, sebuah sekolah menengah dengan pengantar bahasa Indonesia dan bahasa Arab.

Setelah itu, Keris melanjutkan pelajarannya di Kolej Kuliahtul Muallimin Al-Islamiah (Maktab Perguruan Islam) untuk mengambil diploma perguruan bagi melayakkan dirinya menjadi guru agama.  Di kolej ini bahasa pengantarnya ialah bahasa Indonesia dan bahasa Arab, di samping bahasa Belanda yang dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran wajib dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tambahan.  Sebaliknya Keris telah lulus Ilmu Umum dan bukannya jurusan agama sebagaimana yang diharapkan oleh keluarganya.

Rujukan: http://www.ukm.my/kkm/sejarah/


No comments:

Post a Comment