Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Keris Mas "Selamat Datang!" Terima kasih kerana sudi melawat blog ini

Friday 22 March 2019

Kerjaya Keris Mas


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Keris Mas memulakan kerjayanya sebagai seorang guru Madrasah Khairiah di Temerloh, Pahang pada tahun 1946 hingga tahun 1947. Seterusnya, pada masa yang sama, beliau bertugas sebagai Pengawai Penerangan, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Pada tahun 1947 hingga 1953, beliau pernah menjadi Anggota Sidang Pengarang Utusan Melayu, yang bertempat di Singapura. Beliau bertanggungjawab memajukan majalah yang sangat terkenal pada awal abad ke-20 iaitu Majalah Mastika dan Akhbar Utusan Melayu ketika di Utusan Melayu. Beliau kemudian berpindah ke Warta Negara Pulau Pinang pada tahun 1953 hingga 1954 dan, kembali semula bertugas di Utusan Melayu Singapura pada akhir tahun 1955.



KAMALUDIN MOHAMAD (Keris Mas) kanan, memilih gambar-gambar untuk majalah Mastika dan Utusan Zaman ketika bertugas di Cecil Street, Singapura.


Pada tahun 1956 pula, beliau menerima pelawaan Ungku Aziz, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk berkhidmat dengan DBP yang pada ketika itu mempunyai beribu pejabat di Johor Bahru. Pada 1 Disember sehingga 31 Oktober 1962, beliau dilantik sebagai Pengarah Umum, kemudian dilantik menjadi Ketua Pengarang dan dinaikkan sebagai Ketua Bahagian Pengarang bermula dari Julai 1966 hingga 30 Jun 1971. Begitulah secara ringkasnya kerjaya-kerjaya yang pernah dilakukan oleh Keris Mas.


Terima Kasih.

Rujukan: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kamaludin-mohamad-keris-mas-kanan-memilih-gambar-gambar-untuk-majalah-mastika-dan-utusan-zaman-ke-1.823855

No comments:

Post a Comment