Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, pada
entri kali ini akan dikongsikan sedikit sebanyak mengenai pencapaian Keris Mas
sepanjang hidup beliau.
Terdapat banyak pencapaian yang
dicapai oleh Keris Mas iaitu Keris Mas pernah bergabung dengan Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang dan beliau juga menjadi Pegawai Penerangan
Parti itu. Beliau juga pernah bertugas di Utusan Melayu Singapura sebagai
Pengarang. Setelah itu beliau berpindah ke Mealyu Raya pada tahun 1953 dan pada
bulan September hingga tahun 1955, beliau telah berpindah pula ke Warta Negara
di Pulau Pinang. Namun, pada akhir tahun 1955, beliau kembali bertugas di
Utusan Melayu dan merupakan antara pengasas yang menubuhkan persatuan ASAS 50.
Pada tanggal
6 Ogos 1950 sebuah Persatuan Penulis
yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan50 atau ringkasnya "ASAS 50"
telah ditubuhkan di Singapura. Persatuan itu telah diasaskan oleh beberapa
orang penulis Melayu Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis
dan pengarang-pengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura
akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti
mereka. Di antara tokoh-tokoh penting ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammad
atau Keris Mas, Usman Awang atau Tongkat Waran, Masuri S.N., Mohd. Arif Ahmad
atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau Awamil Sarkam, Asraf dan Hamzah. Secara
umumnya penubuhan ASAS 50 ini ialah untuk:
- Memperluas dan mempertinggikan mutu Sastera Melayu
- Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang
- Mengadakan pembaharuan dalam sastera
Ia bergerak dengan cita-cita memajukan bahasa dan
sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, keadilan
sosial dan kemajuan fikiran, selari dengan konsep perjuangannya, 'Seni
Untuk Masyarakat' atau 'Seni Untuk Rakyat'. Berpegang kepada konsep ini, ASAS
50 telah berjaya membawa satu bentuk dalam bidang penulisan cerpen dan sajak. Pada
umumnya, tema cerpen dan sajak ASAS 50 adalah bersifat kritik masyarakat.
Oleh itu banyak dari cerpen atau sajak yang mereka hasilkan adalah mengarah kepada menentang golongan atasan dan membela kaum buruh, petani dan nelayan. Meskipun penubuhan ASAS 50 mempunyai kelemahan-kelemahan dan tentangan-tentangan terhadapnya, ASAS 50 telah berjaya memberi daya dan mewarnai kehidupan sastera zamannya dalam bentuknya sebagai sastera majalah dan surat khabar. Ia juga adalah pelopor pembaharuan kepada kesusasteraan melayu moden iaitu selepas Perang Dunis Kedua.
Rujukan: http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=4724

No comments:
Post a Comment