Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Keris Mas "Selamat Datang!" Terima kasih kerana sudi melawat blog ini

Wednesday 27 March 2019

Cerpen kedua: Menjelang Merdeka



Cerpen kedua:

Menjelang Merdeka


Petikan daripada Cerpen : 

Menjelang Merdeka sudah tertulis pada kertas taip yag terletak di hadapanku. Baru itu sahaja yang siap sejak dua jam tadi. Maksudku hendak menulis gambaran rasa keperibadian manusia Tanah Melayu menyambut kemerdekaan tanah air yang sudah lama diperjuangkan ini. Tiap kali kuulang membaca tajuk itu, tiap kali pula hilang kesimpulan-kesimpulan yang hendak kusimpulkan. Yang mengganggu ialah ingatan lain; ingatan kepada Shahrum. Apabila ingatan kepada Shahrum ini mengganggu maka kehendak pada rokok pun datang. Habislah semua rokok sebungkus.

Angin pagi makin lama makin lemah. Kain pintu hanya sekali-sekali bergerak malas dan panas mulai menikam masuk, menggarisi hujung mejaku. Tajuk rencana "Menjelang Merdeka" masih belum terisi. Rokok sebungkus yang baru datang dari pasar sudah tinggal setengah. Dan dari dapur sudah tercium bau belacan dibakar. Sebentar lagi hawa panas akan membakar dan kekuatan dalam diriku pun akan hilang. Perlukah aku mempunyai kipas angin atau sebuah bilik sejuk? Perlukah aku mengamalkan sesuatu 'kemestian' baharu untuk menambahkan kekuatan diriku?


Hawa panas yang membakar itu datanglah sudah. Tajuk "Menjelang Merdeka" masih tinggal tidak terisi. Fikiran penuh oleh masalah-masalah hidup yang dikemukakan oleh Shahrum, masalah-masalah yang dialaminya dan yang mempengaruhinya; masalah ayahnya dan pemimpin-pemimpin politik, masalah dirinya dan 'kemestian-kemestian' yang terpaksa diterimanya, masalah kesedaran dan kesempatan untuk rakyat dalam pembangunan kehidupan kebangsaan yang mulia, makmur dan aman damai.

Seminggu selepas perayaan merdeka, tersiarlah berita Shahrum akan berangkat ke luar negeri menjadi pegawai tinggi sebuah kedutaan Persekutuan Tanah Melayu. Lenyaplah seorang pemimpin muda daripada tengah-tengah rakyat dan lahirlah seorang lagi pegawai tinggi yang akan menyemarakkan tanah air dan bangsa di luar negeri. Proses pembangunan Tanah Melayu berjalan terus menempuhi jambatan merdeka. Dan isteriku mengambil peluang menghantar isteri Shahrum membeli bahan kain songket dan perhiasan-perhiasan perak ke Kota Bharu - lambang Tanah Melayu di luar negeri.



No comments:

Post a Comment