Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Keris Mas "Selamat Datang!" Terima kasih kerana sudi melawat blog ini

Saturday 23 March 2019

Anugerah dan Pengiktirafan

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Bertemu lagi kita dalam membincangkan perihal Keris Mas. Pada malam ini, tajuk yang akan dikupas ialah berkaitan dengan anugerah dan pengiktirafan beliau.

Sastera Negara (ASN) ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan bertaraf negara kepada tokoh sasterawan yang masih hidup yang menulis dalam bahasa Melayu. Tokoh ini menurut penilaian panel telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera yang bermutu tinggi. Anugerah yang disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini membawa gelaran Sasterawan Negara kepada penerimanya.

Dalam ucapan YAB Tun Dato’ Hussein Onn (Allahyarham) pada Majlis Penyampaian Hadiah Karya Sastera 1976 di Rumah Malaysia, Kuala Lumpur pada 11 November 1977, beliau menyatakan hasrat kerajaan yang ingin meningkatkan taraf dan penghargaan kerajaan kepada sasterawan tanah air dengan meluluskan gagasan Anugerah Sastera Negara. Pada tahun 1979, YAB Tun Dato’ Hussein Onn telah membentuk sebuah Panel Anugerah Sastera Negara yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Musa Hitam, Menteri Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditugaskan menjaddi Urus Setia Anugerah Sastera Negara.

Bentuk anugerah yang diberi adalah yang pertama ialah Warkah Penghormatan Negara. Manakala yang kedua, mendapat wang tunai sebanyak RM60, 000. Penerbitan sebanyak 50, 000 naskhah atau kos cetakan karya penerima anugerah bernilai maksimum RM500, 000 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan dengan meluasnya ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan, kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan. Seterusnya, mendapat kemudahan dan keselesaan untuk kegiatan mencipta karya sastera, kemudahan untuk menerbitkan karya dan penterjemahan karya yang sesuai ke dalam bahasa asing.

Sejak terlaksananya program pengiktirafan ini dari tahun 1981 sehingga tahun 2009, seramai sepuluh orang tokoh sasterawan telah menerrima Anugerah Sastera Negara. Salah seorang daripadanya ialah Keris Mas (1981). Beliau dipilih sebagai penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka selama setahun iaitu pada 1 Julai 1977 hingga 30 September 1978. Sebagai Penulis Tamu, beliau menulis memoir mengenai penglibatannya dalam perkembangan sastera sepanjang 1945-1977. Keris Mas menjadi Karyawan Seni di Universiti Malaya (1979-1980) dan membantu dalam kursus penulisan kreatif. 1980-an, Keris Mas menghasilkan novel ‘Saudagar Besar dari Kuala Lumpur’ – novel sosiopolitik yang disiarkan setiap minggu di akhbar Mingguan Malaysia.

Keris Mas sekali lagi dilantik sebagai Penulis Tamu DBP pada tahun 1985-1986 dan berjaya menghasilkan sebuah novel yang berjudul Rimba Harapan. Beliau menerima ‘Anugerah Pejuang Sastera’ dan membawa pulang RM10, 000, watikah daripada Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn pada 29 Mei 1976. Perdana Menteri melantik beliau sebagai Setiausaha Panel Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971-1976, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara pada tahun 1979.

Keris Mas ialah penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama iaitu pada tahun 1981. Majlis diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen pada 26 April 1981 oleh Yang di-Pertuan Agong. Beliau menerima Anugerah ASEAN dalam bidang kesusateraan pada tahun 1987. Pada 5 Ogos 1989, Keris Mas juga dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia. Kolej kediaman mahasiswa di UKM, Bandar Baru Bangi turut dinamakan sebagai ‘Kolej Keris Mas’.




Rajah tersebut menunjukkan senarai sasterawan negara yang diiktiraf dan pada gambar pertama ialah Keris Mas yang dinobatkan Sasterawan Pertama Negara.

Rujukan: https://www.pnm.gov.my/yangpertama/Tokoh_Sasterawan1.htm




No comments:

Post a Comment