Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Keris Mas "Selamat Datang!" Terima kasih kerana sudi melawat blog ini

Wednesday 27 March 2019

Cerpen ketiga: Runtuh


Cerpen ketiga:

Runtuh


Petikan daripada cerpen:  

Tidak ada gunanya lagi. Rumah tangga ini sudah runtuh. Antara dia dan suaminya tinggal ikatan nikah dan kadang-kadang ada perhubungan tubuh sahaja - kadang-kadang. Lain daripada itu tidak ada apa-apa lagi.

     belum pernah berfikir panjang tentang rumah tangganya dan belum pernah memikirkan panjang-panjang tentang hubungan apakah sebenarnya yang mengikat antara dia dan suaminya. Perhubungan apakah sebenarnya yang mengikat antara dia dan suaminya. Perhubungan nikah itu sekarang dirasanya terlalu longgar, bila-bila masa pun boleh putus. Kesannya pada jiwanya sudah tidak ada lagi. Perhubungan tubuh itu pun tidak terasa perlu. Sejak akhir-akhir ini terasa benar padanya kehendak suaminya untuk bukan kehendak yang mesti dan ia membiarkan sahaja perhubungan itu dilakukan oleh suaminya dengan perasaan menerima, tidak ada perasaan memberi. Kadang-kadang ia tidak pun sampai pada tujuan persetubuhan yang wajar; ia tidak sampai pada kemuncak kepuasan nafsu. Dan ia menyerah sahaja pada keadaan itu.

     Air mata ini ialah air mata kasihankan anak, lain tidak. Dan itu telah dapat diatasinya. Anas mesti maju dan melalui zaman persekolahan dengan jaya untuk sepuluh lima belas tahun yang akan datang. Jaminannya ialah dirinya sendiri dan kalau perlu suaminya. Ya, kalau perlu. Ia bimbang untuk memastikan bahawa suaminya boleh dijadikan jaminan untuk kemajuan anaknya. Suami ini, suami yang dicintai dan dihormatinya ini, selalu meninggalkan kebimbangan dalam hatinya apabila dia tiada di rumah. Keyakinannya hanya ada dan lebih daripada apa yang diharap-harapnya apabila suaminya itu berada  di rumah bercakap sebagai seorang pemimpin dan sebagai seorang guru.

Cerpen ini mengisahkan konflik rumah tangga dimana sang isteri telah dicurangi oleh sang suami .



No comments:

Post a Comment