Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Keris Mas "Selamat Datang!" Terima kasih kerana sudi melawat blog ini

Tuesday 19 March 2019

Tujuan Penubuhan Blog

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Blog ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran bagi kursus Sejarah Kesusasteraan (BSS 3013) dibawah seliaan pensyarah yang  bernama Dr Hasrina.
Tokoh yang kami pilih ialah Keris Mas iaitu sasterawan negara Malaysia yang pertama.



      Tujuan kami membuat pemilihan tokoh ini kerana kami ingin mengenali beliau dengan lebih terperinci serta mengangkat martabat beliau sebagai seorang sasterawan yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang sastera.
     Seterusnya, kami ingin memperkenalkan karya-karya beliau yang banyak memberi inspirasi kepada masyarakat serta membuka mata para pembaca tentang pelbagai isu signifikan yang memberi impak kepada negara.
     Di samping itu juga, kami juga ingin memberikan satu kesedaran dalam diri masyarakat terutamanya generasi muda pada masa kini akan peri pentingnya bidang ilmu sastera dan keseniannya yang pelbagai agar tidak hilang ditelan dek zaman.
Nantikan entri kami yang seterusnya untuk mengenali Keris Mas dengan lebih mendalam. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Jadi nantikan entri kami yang seterusnya, ya!

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment