Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Keris Mas "Selamat Datang!" Terima kasih kerana sudi melawat blog ini

Wednesday 27 March 2019

Cerpen pertama: Wasiat orang bangsawan


Cerpen pertama :

Wasiat Orang Bangsawan
                                                                   

Petikan dari Cerpen :

Sejak itu telah hampir enam tahun lamanya sampai sekarang ia hanyut dalam gelombang hidup di Tanah Melayu ini, tenggelam dan timbul, terhempas dan terdampar. Telah dirasainya miskin dah segsara, hina dan melarat, semua telah dilaluinya dengan tabah dan berani semata-mata kerana hendak melupakan peristiwa-peristiwa yang pahit di kota Medan dulu itu, hendak mengubah luka yang parah dalam jiwanya.

"Janganlah engkau menyindir-nyindir jua, Anuar; hancur luluh hatiku mendengarnya. Enam tahun lamanya kita kita terpisah dan selama enam tahun aku tidak mempunyai hati lagi, hidupku kosong dan hampa semata-mata, tetapi aku telah berjanji dan bertawakal kepada Tuhan, kuserahkan nasibku pada takdir. Dan hidup ini seandainya akan kulalui saja dengan air mata untuk menebus dosaku kepadamu. Bukan pada waktu itu saja, tetapi sejak bermula perkataan-perkataan kasar yang menghiris jantungmu dulu terhambur dari mulutku. Aku telah menyesal, tetapi apalah ertinya sesal itu, sesal yang telah terkemudian? Engkau telah pergi, jauh entah ke mana, dan aku tahu bahawa kepergianmu itu dengan hati yang hancur luluh, maka sebab itu perhatianku pun makin sehari makin bertambah remuk dan rendam.



No comments:

Post a Comment