Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Keris Mas "Selamat Datang!" Terima kasih kerana sudi melawat blog ini

Thursday 21 March 2019

Siapakah Keris Mas?


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, 

Jika anda mengikuti entri pertama kami, berjayakah anda meneka perkaitan di antara kedua-dua gambar tersebut? Ya, benar. Tokoh pilihan kami ialah Keris Mas.


Keris Mas Sasterawan Negara Pertama.


Jadi, siapakah Keris Mas yang kami maksudkan? 

     Kamaludin Muhammad atau lebih dikenali dengan nama pena beliau iaitu Keris Mas merupakan tokoh sastera Malaysia yang terkenal. Beliau merupakan Sasterawan Negara yang Pertama dan telah menerima gelaran tersebut pada tahun 1981. Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1922 dan berasal dari Kampung Ketari, Bentong, Pahang.
     Semasa beliau masih di alam pengajian, beliau telah memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Benus, Pahang. Seterusnya, beliau meneruskan pelajaran di peringkat menengah di Tawaliah School, Sumatera. Kemudian, beliau berjaya mendapatkan diploma perguruan di Kolej Kulliahtul Muallmin al-Islamiah, Sumatera. Setelah itu, Keris Mas melanjutkan pelajaran di Pitman College, Singapura untuk membolehkan beliau mengambilkan peperiksaan Matrikulasi Universiti London.
     Namun, kehidupan beliau terhenti apabila beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Mac 1992 akibat sakit jantung. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 
     Begitulah serba sedikit pengenalan ringkas mengenai Keris Mas. Diharapkan ianya dapat memberikan gambaran awal kepada anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut kisah hidup, sumbangan serta karya-karya beliau.

Sekian, terima kasih.

Rujukan: https://www.pnm.gov.my/yangpertama/Tokoh_Sasterawan1.htm



No comments:

Post a Comment