‘’ Seni Untuk Masyarakat ‘’
Dalam laporan
Panel Anugerah Sastera Negara 1981 sempena penganugerahan Sasterawan Negara
kepada Kamaludin Muhammad (Keris Mas), memperakukan bahawa "cerpen-cerpen
Keris Mas bukan sahaja memperlihatkan daya seni dan kreatifnya tetapi juga
watak peribadi seorang nasionalis yang berjuang menghapuskan kejahilan,
kekolotan dan khurafat; seorang pejuang keadilan sosial dan penentang
feudalisme; dan seorang pembela nasib orang bawahan terutama golongan buruh dan
tani.
Keris Mas memilih bidang cerpen untuk menyampaikan cita-cita politiknya.
Dengan bakat dan kepekaannya terhadap alam sekeliling, Keris Mas melihat
masyarakatnya sebagai kelompok manusia yang mencari kekuatan menghadapi segala
bentuk cabaran dan penindasan. Justeru itu, karya-karya cerpennya sebagai
lambang perjuangan masyarakat ke arah pembebasan daripada belenggu penjajahan,
penindasan dan ketidakadilan sosial
Ini ditegas oleh
Keris Mas dalam temu ramahnya dengan Abdullah Tahir bahawa
" saya menulis untuk melepaskan gelombang
perasaan. Saya berfikir saya harus menyampaikan idea saya tentang pembangunan
bangsa Melayu untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan, meniupkan semangat
kebangsaan dan menentang penjajahan, dan mereka yang bersekutu dengan pihak
penjajah. Saya juga menentang fahaman kolot, feudalisme, dan saya juga
menentang pak-pak lebai kolot. ltulah sikap dan perjuangan peribadi saya dan
saya melampiaskan itu semua melalui karya sastera, terutama dalam bentuk cerpen
dan rencana ".