Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Keris Mas "Selamat Datang!" Terima kasih kerana sudi melawat blog ini

Thursday 11 April 2019

‘’ Seni Untuk Masyarakat ‘


‘’ Seni Untuk Masyarakat ‘’

Dalam laporan Panel Anugerah Sastera Negara 1981 sempena penganugerahan Sasterawan Negara kepada Kamaludin Muhammad (Keris Mas), memperakukan bahawa "cerpen-cerpen Keris Mas bukan sahaja memperlihatkan daya seni dan kreatifnya tetapi juga watak peribadi seorang nasionalis yang berjuang menghapuskan kejahilan, kekolotan dan khurafat; seorang pejuang keadilan sosial dan penentang feudalisme; dan seorang pembela nasib orang bawahan terutama golongan buruh dan tani.

Keris Mas memilih bidang cerpen untuk menyampaikan cita-cita politiknya. Dengan bakat dan kepekaannya terhadap alam sekeliling, Keris Mas melihat masyarakatnya sebagai kelompok manusia yang mencari kekuatan menghadapi segala bentuk cabaran dan penindasan. Justeru itu, karya-karya cerpennya sebagai lambang perjuangan masyarakat ke arah pembebasan daripada belenggu penjajahan, penindasan dan ketidakadilan sosial

Ini ditegas oleh Keris Mas dalam temu ramahnya dengan Abdullah Tahir bahawa  
" saya menulis untuk melepaskan gelombang perasaan. Saya berfikir saya harus menyampaikan idea saya tentang pembangunan bangsa Melayu untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan, meniupkan semangat kebangsaan dan menentang penjajahan, dan mereka yang bersekutu dengan pihak penjajah. Saya juga menentang fahaman kolot, feudalisme, dan saya juga menentang pak-pak lebai kolot. ltulah sikap dan perjuangan peribadi saya dan saya melampiaskan itu semua melalui karya sastera, terutama dalam bentuk cerpen dan rencana ".



No comments:

Post a Comment