Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Keris Mas "Selamat Datang!" Terima kasih kerana sudi melawat blog ini

Wednesday 3 April 2019

Patah Tumbuh Hilang Berganti



Patah Tumbuh Hilang Berganti

Namun tiada lagi Keris Mas kini.

Antara cerpen terakhir sebelum Keris Mas kembali ke rahmatullah pada 9 Mac 1992:


HALLUCINATION

Cerpen "Hallucination" mengisahkan watak 'aku' yang didatangi dengan pelbagai igauan. Menurut doktor 'aku' mengalami hallucination, iaitu melihat sesuatu yang sebenarnya tidak wujud. Ketika berada di katil sebuah wad, 'aku' didatangi igauan peristiwa tentang ayah dan ibunya yang dinasihati oleh Tuan Guru supaya meminangi seorang gadis untuk 'aku' supaya mengelakkan 'aku' melakukan perkara-perkara yang berdosa seperti zina.


Petikan :

"Dia berdiri di situ takjub, hairan dan terpesona. Tiada siapa mengenalnya, tiada siapa yang dikenalnya kecuali ayah dan ibunya yang bertolak-tolakan sarna sendiri. Tiba-tiba hadir Tuan Guru marah-marah dan membaca-baca. Tuan Guru memegang bahunya. Tiba-tiba hadir pula gadis yang amat menarik hatinya, yang bertudung lilit itu. Dia mahu ke depan ke arah gadis tersebut. Kakinya seperti diheret kuasa ghaib tetapi langkahnya tidak bergerak. Dia sebenamya merasa diheret dari satu tempat keras seperti simen di mana kakinya terbenam. Tuan Guru menolongnya hingga dia boleh bergerak ke depan selangkah demi selangkah. Tubuh bergelimpangan di sana sini. Satu demi satu memalingkan muka dari gadis bertudung lingkup itu. Satu demi satu menjeritkan kebencian dan ketakutan; mencari-cari perempuan-perempuan yang tadi demikian ramai tetapi sekarang telah menghilang."


Pemikiran:

Melalui watak 'aku', Keris Mas telah menjangkau di bawah sedarnya. Dalam keadaan mereka yang terlantar sakit, pesakit kadang kala didatangi dengan berbagai-bagai igauan dan kenangan lampau. Ada igauan mahupun kenangan yang menarik, menyeronok dan menghiburkan tetapi sebaliknya ada igauan dan kenangan yang amat menakutkan dan mengerikan. Permainan perasaan ini lantaran dialami bagi mereka yang dilanda kesunyian atau lantaran berbagai-bagai tekanan yang dihadapinya



Rujukan: http://ir.upsi.edu.my/1550/1/Pemikiran%20sasterawan%20negara%20keris%20mas%20dalam%20menembusi%20psikologi%20cerpen-%20cerpen%20terakhir.pdf



No comments:

Post a Comment