Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Keris Mas "Selamat Datang!" Terima kasih kerana sudi melawat blog ini

Thursday 11 April 2019

‘’ Seni Untuk Masyarakat ‘


‘’ Seni Untuk Masyarakat ‘’

Dalam laporan Panel Anugerah Sastera Negara 1981 sempena penganugerahan Sasterawan Negara kepada Kamaludin Muhammad (Keris Mas), memperakukan bahawa "cerpen-cerpen Keris Mas bukan sahaja memperlihatkan daya seni dan kreatifnya tetapi juga watak peribadi seorang nasionalis yang berjuang menghapuskan kejahilan, kekolotan dan khurafat; seorang pejuang keadilan sosial dan penentang feudalisme; dan seorang pembela nasib orang bawahan terutama golongan buruh dan tani.

Keris Mas memilih bidang cerpen untuk menyampaikan cita-cita politiknya. Dengan bakat dan kepekaannya terhadap alam sekeliling, Keris Mas melihat masyarakatnya sebagai kelompok manusia yang mencari kekuatan menghadapi segala bentuk cabaran dan penindasan. Justeru itu, karya-karya cerpennya sebagai lambang perjuangan masyarakat ke arah pembebasan daripada belenggu penjajahan, penindasan dan ketidakadilan sosial

Ini ditegas oleh Keris Mas dalam temu ramahnya dengan Abdullah Tahir bahawa  
" saya menulis untuk melepaskan gelombang perasaan. Saya berfikir saya harus menyampaikan idea saya tentang pembangunan bangsa Melayu untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan, meniupkan semangat kebangsaan dan menentang penjajahan, dan mereka yang bersekutu dengan pihak penjajah. Saya juga menentang fahaman kolot, feudalisme, dan saya juga menentang pak-pak lebai kolot. ltulah sikap dan perjuangan peribadi saya dan saya melampiaskan itu semua melalui karya sastera, terutama dalam bentuk cerpen dan rencana ".



Wednesday 10 April 2019

Powerpoint Ringkasan Karya Keris Mas



Berikut adalah ringkasan karya-karya Keris Mas dalam bentuk powerpoint, beserta karya beliau yang diterjemah ke bahasa lain.




Monday 8 April 2019

Cerpen Masanya sudah Tiba



Cerpen "Masanya Sudah Terkunci" mengisahkan seorang gila yang bernama Bin Bulat. Wataknya aneh dengan bercakap sendirian, melakukan tindakan yang boleh membahayakan orang lain dan ketenteraman awam. Walaupun  Bin Bulat dalam keadaan yang tidak siuman namun ia masih tunjukkan kesetiaannya kepada negeri dan tanah airnya. Semangat perjuangannya masih terus membara. Contoh nya :
  

Petikan daripada cerpen:

"Bin Bulat masih bersemangat. 
Dia mengubah sikap, bercekak pinggang kembali dan berpidato lagi:
"Merdeka!" "Kita maju sekarang!"
"Ayuh, kita demontrasi!"
"Angkat sepanduk. Tinggi. Lagi Tinggi!"
"Jalan! Satu dua. Kiri kanan. Satu dua. Kiri kanan!" "Merdeka!"
"Hapuskan Malayan Union'"
"Ganyang MacMichael. Gayang British"
"Merdeka! Merdeka! Malaya hak kita!"
Bin Bulat semakin garang dan bersemangat sekali, maju dengan hentak kaki komando berdentam-dentam di atas atap kereta mewah tuan GM


Pemikiran:

Keris Mas ingin memperlihatkan bahawa walau apapun sekali keadaan seseorang individu itu, namun semangat perjuangan dan cintakan tanah airnya harus terus tersemai di dalam diri seseorang



Rujukan: http://ir.upsi.edu.my/1550/1/Pemikiran%20sasterawan%20negara%20keris%20mas%20dalam%20menembusi%20psikologi%20cerpen-%20cerpen%20terakhir.pdf


Sunday 7 April 2019

Cerpen Cerita Sebuah Mimpi



Cerpen 'Cerita Sebuah Mimpi'


Cerpen ini mengisahkan watak Ali, seorang Pengawal Keselamatan yang telah bersara dari angkatan tentera ditugaskan mengawal Tugu Nasional. Ketika bertugas Ali tertidur. Dalam waktu itu Ali bermimpi melakukan curang dengan isteri Amat.


Petikan daripada cerpen :

Ali seperti sedang merealisasikan mimpinya. Dia berasa apa yang selama ini tidak dirasainya begitu serius, tetapi sekarang menjadi begitu membeban, menjadi dosa tidak terampun untuk sepanjuang hayatnya. Dia melakukan perbuatan serong dengan isteri Amat bukan dengan kemahuannya sendiri tetapi kemahuan yang menggila daripada perempuan itu" .


Pemikiran:

Penuh dengan pemikiran-pemikiran yang dalam dan bermakna untuk dijadikan pengajaran dan teladan. Walaupun, sekadar mainan mimpi, namun mimpi yang cukup mengerikan itu sudah cukup memaparkan sebahagian kecil bala yang ditunjukkan kepada mereka yang tetah melakukan dosa besar.


Rujukan: http://ir.upsi.edu.my/1550/1/Pemikiran%20sasterawan%20negara%20keris%20mas%20dalam%20menembusi%20psikologi%20cerpen-%20cerpen%20terakhir.pdf


Cerpen Ekor



Cerpen "Ekor"




Cerpen ini memaparkan manusia yang tidak berpendirian dan tidak punya pegangan. Cerpen "Ekor Kepala" itu diproses dengan idea seperti itu, memperlihatkan secara psikologi betapa orang yang tidak berkualiti menjadi pak turut.



Petikan daripada cerpen :


"Kamu mesti berani. Cabut kepalamu yang tergadai pada Tuan Keramat itu, kembalikan kepada dirimu supaya kamu tidak hanya ekor tetapi juga kepala untuk dirimu sendiri. Kamu mesti bebas merdeka untuk dapat berfikir dan menjawab pertanyaan-pertanyaan hatimu sebelum Tuan Keramat atau penggantinya yang kamu pilih dapat menguasai kamu kembali dan sebelum kamu terus lekat menjadi ekor." 




Pemikiran :


Keris Mas, manusia kini menjadi pak turut malah manusia yang kurang kualiti. Kebanyakan manusia selalu terikut-ikut. Keris Mas menempelak mereka yang menjadi pak turut kerana mereka ini dianggap mengkhinati dirinya sendiri.



Rujukan: http://ir.upsi.edu.my/1550/1/Pemikiran%20sasterawan%20negara%20keris%20mas%20dalam%20menembusi%20psikologi%20cerpen-%20cerpen%20terakhir.pdf



Friday 5 April 2019

Cerpen 'Nenek


'Cerpen 'Nenek'


Cerpen "Nenek" Keris Mas menjangkau jauh ke dasar jiwa seorang nenek yang tidak lagi dipedulikan oleh anak cucunya. Anak dan cucunya dengan sikap dan haluan masing-masing yang mengakibatkan nenek membawa diri.


Pemikiran : 

Melalui psikologi watak-watak itu yang kecewa, Keris Mas memperlihatkan betapa rapuhnya masyarakat pada zaman tersebut. Kasih sayang sebuah keluarga sudah tiada lagi. Erti kedamaian dan kebahagian yang dapat dinikmati dalam sebuah keluarga tiada lagi. Anak-anak kini bersikap kurang ajar dan menderhaka kepada kedua ibu bapa.


Petikan cerpen :

"Dia marahkan ayah, marahkan Nana, marahkan Kak Nona, marahkan Abang Manan, marahkan semua orang. Tapi lebih sekali dia marahkan ayah dengan Abang Adnan. Katanya Abang Adnan sudah gila isim, gila nak jadi Arab celup; mengaji benda pelik-pelik tapi tak tahu jaga diri sendiri, tak ambil tahu hal • keluarga di rumah sendiri. Katanya lagi Abang Adnan sudah tua berjanggut tak mahu kahwin-kahwin. Ada kerja ditinggalkan. Ada ayah dilawan. Derhaka. Dia kata ayah gila masjid. Sembahyang, mengaji siang malam tapi anak cucu bertaburan tak terpelihara. Abang Manan, katanya, gila uniform. Abang Karim dan Kak Nona gila pangkat, gila rumah besar. Katanya semua ini gila; tak ada seorang pun yang ingin menjaga Nani".




Wednesday 3 April 2019

Patah Tumbuh Hilang Berganti



Patah Tumbuh Hilang Berganti

Namun tiada lagi Keris Mas kini.

Antara cerpen terakhir sebelum Keris Mas kembali ke rahmatullah pada 9 Mac 1992:


HALLUCINATION

Cerpen "Hallucination" mengisahkan watak 'aku' yang didatangi dengan pelbagai igauan. Menurut doktor 'aku' mengalami hallucination, iaitu melihat sesuatu yang sebenarnya tidak wujud. Ketika berada di katil sebuah wad, 'aku' didatangi igauan peristiwa tentang ayah dan ibunya yang dinasihati oleh Tuan Guru supaya meminangi seorang gadis untuk 'aku' supaya mengelakkan 'aku' melakukan perkara-perkara yang berdosa seperti zina.


Petikan :

"Dia berdiri di situ takjub, hairan dan terpesona. Tiada siapa mengenalnya, tiada siapa yang dikenalnya kecuali ayah dan ibunya yang bertolak-tolakan sarna sendiri. Tiba-tiba hadir Tuan Guru marah-marah dan membaca-baca. Tuan Guru memegang bahunya. Tiba-tiba hadir pula gadis yang amat menarik hatinya, yang bertudung lilit itu. Dia mahu ke depan ke arah gadis tersebut. Kakinya seperti diheret kuasa ghaib tetapi langkahnya tidak bergerak. Dia sebenamya merasa diheret dari satu tempat keras seperti simen di mana kakinya terbenam. Tuan Guru menolongnya hingga dia boleh bergerak ke depan selangkah demi selangkah. Tubuh bergelimpangan di sana sini. Satu demi satu memalingkan muka dari gadis bertudung lingkup itu. Satu demi satu menjeritkan kebencian dan ketakutan; mencari-cari perempuan-perempuan yang tadi demikian ramai tetapi sekarang telah menghilang."


Pemikiran:

Melalui watak 'aku', Keris Mas telah menjangkau di bawah sedarnya. Dalam keadaan mereka yang terlantar sakit, pesakit kadang kala didatangi dengan berbagai-bagai igauan dan kenangan lampau. Ada igauan mahupun kenangan yang menarik, menyeronok dan menghiburkan tetapi sebaliknya ada igauan dan kenangan yang amat menakutkan dan mengerikan. Permainan perasaan ini lantaran dialami bagi mereka yang dilanda kesunyian atau lantaran berbagai-bagai tekanan yang dihadapinya



Rujukan: http://ir.upsi.edu.my/1550/1/Pemikiran%20sasterawan%20negara%20keris%20mas%20dalam%20menembusi%20psikologi%20cerpen-%20cerpen%20terakhir.pdf



Tuesday 2 April 2019

Novel Saudagar dari Kuala Lumpur


Novel Saudagar dari Kuala Lumpur







Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur ini diterbitkan pada tahun 1982. Keris Mas telah mengetengahkan pemikiran tentang Ekonomi. Pemikiran ini dari sudut ekonomi ialah Kemunculan saudagar-saudagar Melayu di bandar raya Kuala Lumpur. Encik Muhammad merupakan seorang ahli perniagaan Melayu yang berjaya. Sikapnya yang dedikasi diakui oleh Datuk Tan yang merupakan rakan kongsinya. Kesungguhan Encik Muhammad menceburi dalam dunia perniagaan mengubah perspektif bangsa lain terhadap bangsa Melayu yang dianggap tidak berkebolehan dalam bidang perniagaan sebelum ini.

 Sedutan Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur (1982)

"Datuk Tan menerima telegram daripada Encik Muhammad untuk membincangkan kontrak baru yang diperolehi iaitu membeli dan menyelengarakan ladang lada hitam . Selain itu, syarikatnya juga mendapat kontrak membekalkan lada hitam ke Jerman barat selama tujuh tahun".